" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "

" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.

" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "

Tuesday, February 22, 2011

Ciri-ciri Isteri Solehah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 ~sekadar hiasan~


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera



- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).





- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami. Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).





- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.





- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.





- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin. Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.



Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu.



Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).





Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.





- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami. Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).





- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19). Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek.





Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya. Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).





- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.





- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam. Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.





- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai. Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: "Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''



Source : http://sufisalafi.blogspot.com/

http://www.facebook.com/murahjual2

Saturday, February 19, 2011

Tips-tips untuk isteri solehah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


 ~sekadar hiasan~


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera



1. Mentaati Perintah Allah s.w.t dengan mengerjakan segala perintah suami dengan kehendak Allah s.w.t

2. Bersikap malu terhadap suami

3. Sentiasa melembutkan percakapan di hadapan suami

4. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata

5. Berdiri tegak sebagai menghormati suami pulang dan perg

i6. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri apabila suami memerlukan

7. Memakai wangi-wangian di hadapan suami (bersolek)

8. Menghiaskan diri untuk suami

9. Tidak berhias dan memakai wangian semasa ketiadaan suami

10. Memelihara mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan suami

11. Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya

12. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami

13. Hendaklah bersyukur di atas segala yang disediakan suami

14. Sentiasa bersedia serta rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya

15. Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami

16. Tidak keluar rumah tanpa kebenaran suami.

Thursday, February 17, 2011

Isteri Solehah


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 ~sekadar hiasan~


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera



Panduan Isteri Solehah






1. Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.






2. Cuba masak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.






3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerja bersendirian pada waktu malam.






4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.






5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.






6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.






7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.






8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.






9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin .






10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.






11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.






12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.






13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.






14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.






15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.






16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.






17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.






18. Berkelah bersama pasangan.






19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).






20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.






21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.






22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.






23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.






24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.






25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.






26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.






27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.






28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.






29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.






30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.






31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.






32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.






33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.






34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.






35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.






37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.






38. Jangan cabar pasangan






39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.






40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.






41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.






42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.






43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.






44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.






45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.






46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.






47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.






48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .






http://www.facebook.com/murahjual2

Wednesday, February 16, 2011

Suami Soleh Suami Idaman

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 ~sekadar hiasan~


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Suami adalah tempat pergantungan hidup seorang isteri…suami adalah teman, sahabat, kawan, ayah, abang, pemimpin, peneraju, motivator, ustaz, pelindung, pendidik kepada isteri dan anak-anak dalam sesebuah institusi kekeluargaan, sumai adalah contoh dan role model terbaik buat isteri dan anak-anak, agar lahir sebuah keluarga yang harmoni dan diredhai Allah Taala…Dalam mencari haluan untuk membentuk diri menjadi insan yang bergelar suami soleh suami idaman, mari sama-sama kita hayati petikan-petikan berikutnya…..




CIRI-CIRI SUAMI SOLEH SUAMI IDAMAN (SSSI)

* Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya .

* Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

* Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

* Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

* Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

* Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

* Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

* Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

* Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

* Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

* Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

* Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya. 

* Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

* Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

* Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

* Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

* Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab

TINDAKAN SUAMI SOLEH 

1. Mentaati Allah s.w.t dan RasulNya dengan mengerjakan segala perintahNya

2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah swt

3. Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin

4. Menjaga hati dan perasaan isteri

5. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri

6. Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri dan memudarat dirinya

7. Hendaklah menjauhkan diri dari mengeji atau memburukkan isteri di hadapan orang lain dan tidak memuji wanita lain di hadapannya

8. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya

9. Mengelakkan diri dari terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin keluarga

10. Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya

11. Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak

12. Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan Islam

13. Sentiasa mengambil berat keselamatan isteri dan anak-anak.

14. Memberi kasih sayang dan sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan bersama


Petua Suami Ideal Suami Soleh : 

Berikut adalah petua ke arah mengubah diri menjadi lelaki dikagumi dan juga suami misali. Cubalah lihat ke dalam diri dan nilai sama ada anda memiliki sifat ini.

1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan atau mesej itu.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat-menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elak berbual perkara melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali-sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda tampan, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tidak serupa bikin.1

5. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan pastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami misali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja atau tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dengan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad saw sebagai contoh. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Ingatkan isteri lakukan sembahyang fardu dan sunat.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara dan berteras iman serta takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dahulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isteri.Saya berharap kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang tertulis diatas ini…semoga kita semua dapat menjadi suami soleh dan mithali dan juga dapat menjaga isteri dengan baik seterusnya yang paling penting adalah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t… Insyaallah.. Amin..